Udang galah sesuai diternak kerana
mempunyai permintaan yang baik disamping harga pasarannya yang agak
tinggi. Pengurusan ternakannya juga adalah mudah dan jarang diserang
penyakit serta jangkamasa ternakan yang agak singkat. Udang galah boleh
diternak secara sejenis atau monokultur/polikultur dengan ikan atau
secara ternakan bersepadu bersama itik, lembu dan haiwan lain.
Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii, terletak dalam keluarga (family) Palaemonidae adalah organisma iklim tropika dan hampir tropika dan merupakan haiwan asli kawasan Indo-Pasifik, iaitu kawasan antara benua India, Bangladesh, Republik Myanmar, Sri Lanka hingga ke Indo China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan kepulauan Pasifik Selatan.
Udang galah hidup di air tawar dan air payau seperti sungai, paya, saliran, seperti sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut. Walaubagaimanapun kini taburannya agak terbatas di kawasan perairan yang tidak tercemar dan di kolam-kolam ternakan.
Agak mudah membezakan udang jantan dan betina dewasa, di mana udang jantan biasanya mempunyai kepala yang besar, badan menurus ke ekor dan umumnya sazi badan lebih besar berbanding udang betina, disamping kaki berjalan kedua (periopod) yang kuat dan yang kerapkali berwarna biru. Udang betina pula mempunyai badan agak kecil, manakala kaki berjalan keduanya tidak sebesar dan sepanjang udang jantan. Alat pembiakan udang jantan terletak di pangkal kaki
berjalan kelima manakala udang betina di pangkal kaki berjalan ketiga. Udang betina yang mengeram telur pula lebih mudah dikenali kerana telurnya yang berwarna oren atau cokelat akan jelas kelihatan di bawah badannya.

Kajian ke atas spesies ini dilaporkan telah mula sejak 1959 di Institut Penyelidikan Perikanan, Glugor, Pulau Pinang. Kajian berterusan hinggalah dalam tahun 1962, apabila para pengkaji telah berjaya menemui edaran hidup lengkap udang galah (Ling, S.W 1969). Dalam tahun 1972 pula, teknik menghasilkan benih secara besar-besaran berjaya dilakukan di Hawaii (Fujimura,T dan H Okamoto, 1972) Kajian ke atas haiwan ini seterusnya berkembang di Malaysia dan seluruh dunia hinggalah hari ini dimana telah berjaya menjumpai beberapa penemuan baru.Budidaya Udang Galah
0 komentar Budidaya Udang Galah
Posting Komentar